Wednesday, June 21, 2017

Persaraan Pn Siti Fatimah (Kak Dah Siti)

Sekolah Kebangsaan Jeli (1) - Sekolah Amanah



SEKOLAH KEBANGSAAN JELI (1)
SEKOLAH AMANAH


Perutusan Guru Besar
Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Buletin SKJ1 kerana berjaya menghasilkan satu dokumentasi yang dapat menggambarkan perjalanan sekolah dalam mendidik murid-murid supaya menjadi generasi yang dapat bersaing di peringkat global. Dengan kelahiran buletin ini, sekolah dapat menzahirkan peristiwa yang berlaku dalam 4 bulan pertama tahun 2017 di SKJ1. Melalui artikel dan gambar-gambar yang dipersembahkan dalam buletin ini, secara tidak langsung dapat menzahirkan usaha guru-guru sekolah ini menerapkan Enam Aspirasi Murid sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
                
Dalam kesempatan ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada dua orang Education Partner (EP) Program Sekolah Amanah iaitu Pn Mas dan En Kum yang sama-sama memberi idea untuk menghasilkan buletin ini yang merupakan sebahagian daripada pengisian dalam Program Sekolah Amanah.

Semoga buletin ini dapat menjadi wadah dalam penyaluran maklumat sekolah dan dimanfaatkan oleh bukan sahaja warga sekolah tetapi juga oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli, ibu bapa dan komuniti setempat.
Sekian, terima kasih.

Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Jeli (1) @ SKJ1 merupakan salah sebuah daripada 5 buah sekolah yang terpilih mengikuti Program Sekolah Amanah di Kelantan. Selain daripada SKJ1, sekolah-sekolah yang terlibat bagi Kohort 2016 ini adalah Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas, Sekolah Kebangsaan Gemang, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli.







Apa itu Program Sekolah Amanah (PSA)?
Program Sekolah Amanah ialah satu inisiatif transformasi pendidikan pada peringkat kebangsaan yang dilaksanakan secara khusus melalui perkongsian awam-swasta dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambahbaik sistem pengurusan sekolah, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran pendidikan.
Visi PSA adalah untuk memacu transformasi pencapaian murid di sekolah kerajaan melalui perkongsian awam-swasta di Malaysia. Misi program ini adalah untuk menggalakkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan dengan:
      - Meningkatkan kurikulum dan penyampaian pembelajaran
      - Meningkatkan pengurusan sekolah
      -  Menyediakan bantuan teknikal dan ewangan
      -  Mewujudkan rangkaian sekolah yang bersepadu dan mampan
Program ini memacu transformasi menyeluruh di sekolah kerajaan selaras dengan hasrat dan aspirasi pendidikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
(Garis Panduan Sekolah Amanah (GPSA) 2016: ms 10)


Matlamat Strategik Sekolah Amanah
Dalam usaha untuk memperkasa sesebuah sekolah di bawah PSA, tumpuan terhadap pencapaian empat matlamat strategik telah diberikan penekanan. Matlamat-matlamat strategik tersebut adalah:
      1.  Membangunkan kepimpinan dan pengurusan berkualiti tinggi
      2.  Menambahbaik kualiti pembelajaran dan pengajaran
      3.  Memaksimumkan potensi dan pencapaian murid
      4.  Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan lain
Justeru, perancangan tahunan SKJ1 kini lebih tersusun dan teratur dalam usaha mencapai keempat-empat matlamat strategik tersebut.



Barisan Kepimpinan SKJ1
Di dalam PSA, barisan kepimpinan sekolah dikenali sebagai Senior Leadership Team (SLT). Berikut adalah SLT terkini SKJ1:



 

Nama
Jawatan
Mula Mengajar
Pengalaman






Tarikh Mula Khidmat di SKJ1

: Che Roslan bin Abdul Razak
: Guru Besar
: 01/12/1988
: SK Legeh – 1988 hingga 1996
: SMK Sultan Azlan Shah – 1999 hingga 2001
: SMK Bukit Bunga – 2002 hingga 2008
: Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Terengganu
  2008 hingga 2013
: Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Kelantan
  2013 hingga 2014
: SK Gua Musang – 2014 hingga 2015
: 16/10/2015


 

Nama
Jawatan
Mula Mengajar
Pengalaman



  
Tarikh Mula Khidmat di SKJ1

: Abdul Malik bin Kiman
: Penolong Kanan Pentadbiran
: 05/01/1987
: SK (LKPT) Chini 2 – 1987 hingga 1991
: SK Nik Daud – 1992 hingga 1999
: SK Jeli (2) – 2000 hingga 2010
: SK Gemang – 2010
: SK Kuala Balah – 2011 hingga 2012
: SK Pasir Dusun – 2013 hingga 2016
: 01/12/2016


 


Nama
Jawatan
Mula Mengajar
Pengalaman

Tarikh Mula Khidmat di SKJ1

: Azizah binti Mohamed Lazim
: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
: 19/09/2003
: SK Jeli (1) – 2003 hingga 2013
: SK Kalai – 2013 hingga 2016
: 04/01/2016

 

Nama
Jawatan
Mula Mengajar
Pengalaman



Tarikh Mula Khidmat di SKJ1

: Mohamad Radi bin Mohamed Rosly
: Penolong Kanan Kokurikulum
: 01/12/1993
: SK Kalai – 1993 hingga 1994
: SK Jeli (2) – 1995 hingga 1996
: SK Pasir Dusun Cawangan SK Jeli (1) – 1996 hingga 1997
: SK Pasir Dusun – 1997 hingga 2016
: 01/12/2016


Staf Akademik & Bukan Akademik
Selain daripada SLT, SKJ1 juga dimantapkan dengan tenaga pengajar dan staf bukan akademik yang bertanggungjawab menjana kecemerlangan dalam semua bidang. Berikut adalah senarai staf akademik dan bukan akademik pada 30 April 2017:

Staf Akademik.


AKMALIAH BINTI YUSOFF 
AL-AHMADI BIN ZULKIFLI 
AZLINAWATI BINTI YAAKOB 
BASMAH BINTI MAT YUSOFF 
HAFIZAH BINTI HARUN 
HALIMAH BT SHAMSUDDIN 
HISYAMUDDIN BIN ABDUL RAZAB 
KAMIRIAH BT ABDULLAH 
MASHANIM BINTI MAT KASA 
MUHAMMAD RUSLAN BIN AZAHARI 
NAMIRAN @ NORMAHIRAN BT ABDULLAH 
NASUHA BIN ISMAIL 
NOORAIDA BT HAMZAH 
NOORAZLIZAWATY BINTI MOHD NASIR 
NOR AINI BT HUSAIN  
NOR AZILAWATI BINTI YUSOF  
NOR AZINI BINTI ZAKARIA  
NOR EIZANI BINTI MOHD ZAIN  
NOR IZHAM BIN IBRAHIM  
NORHAPIZAH BT JUSOH  
NORIAH BT ABDUL HAMID  
NUR HAYY QAYYUM BINTI ABDUL RAZAK  
ROHAIZAN BINTI NAWI  
ROSMAWATI BT SAID  
SAFINI BINTI MOHD RAZALI  
SALIZA ANIDA BINTI SALLEH  
SARIMAH BT SADIMAN  
SHAHARUDIN BIN ISMAIL  
SITI FATIMAH BT YAACOB  
WAN AFZAHANI BINTI WAN MUHAMAD  
WAN HARLINA BT WAN IBRAHIM  
WAN HURAIZAH BINTI WAN YUSOFF  
WAN MOHD SHARIFUDIN BIN ISMAIL  
YUSNARAIHAN BINTI YUSOFF  
FARHANA ARIANTY BT FAISAL  
HASNI BINTI MUHAMMAD  
JIHADUDIN BIN YUSOFF  
MOHD SUKARNO BIN SAIDI  
NOOR WAHIDAH BINTI ALIM  
NOORLEANA BINTI YAHYA  
RAHIMAH BT ZAKARIA  
RAZALI BIN MUSTAFFAR  
ROHKIAH BT SEMAN @ OSMAN  
ROSMAIDAH BINTI SETAPA  
SITI SHUHAIDA BINTI DAUD  
ZAKIAH BT MAT ALI  
ZINATUL ASHIQIN BT SAFII  
ROHAYATI BINTI ISMAIL  
HASEMARUDDIN B ABDULLAH  
NORZUBAIDAH BINTI MOHAMED  
NUR ILIANA BINTI ABD RAHMAN  
ZALIFAH BT DAUD  
MOHD AZMI BIN MAT SULAIMAN  
NOORAINI BT ABDUL RAHMAN  
NOR AZILA BINTI DOLLAH  
ROSNAH BINTI MOSTAFFA  
ZAIHAN AZMARINI BINTI MOHD ABIDIN  
A'EDAH BT ABDULLAH  
ADAS BT JIDIN  


BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
MATEMATIK
PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
MATEMATIK
BAHASA INGGERIS
BAHASA MELAYU
MATEMATIK
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
BAHASA MELAYU
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
BAHASA INGGERIS
BAHASA MELAYU
MUZIK 
AM / PENDIDIKAN MORAL 
BAHASA INGGERIS 
BAHASA MELAYU 
MATEMATIK 
BAHASA ARAB (BUKAN ANTARABANGSA) 
BAHASA INGGERIS 
BAHASA INGGERIS 
BAHASA MELAYU 
MATEMATIK 
BAHASA INGGERIS 
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI 
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 
BAHASA MELAYU 
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 
BAHASA MELAYU 
BAHASA INGGERIS 
BAHASA ARAB (BUKAN ANTARABANGSA) 
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
BAHASA ARAB (BUKAN ANTARABANGSA) 
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
BAHASA ARAB (BUKAN ANTARABANGSA) 
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
PENDIDIKAN ISLAM  
GURU PENDIDIKAN KHAS (KLS INTEGRASI) 
GURU PENDIDIKAN KHAS (KLS INTEGRASI) 
GURU PENDIDIKAN KHAS (KLS INTEGRASI) 
GURU PENDIDIKAN KHAS (KLS INTEGRASI) 
GURU PENYELARAS BESTARI 
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 
GURU PRASEKOLAH 
GURU PRASEKOLAH 
GURU PRASEKOLAH 
GURU BIMBINGAN 
GURU PEMULIHAN



  Staf Bukan Akademik


MOHD POHZI B ISMAIL  
ZUNAINI BT NOOR  
NORZEAN BINTI ISMAIL  
MAHAZAN BIN AB WAHAB  
AZMAWATI BT IBRAHIM  
NORAZLIN BT ABDUL WAHAB  
NORMAZWANI BT ISMAIL  
NORAYUNNI BT ABDULLAH  
WAN ANNWARUL IMRAN BIN WAN FASDDI  
WAN AMINUDDIN BIN WAN IBRAHIM 


KETUA PEMBANTU TADBIR (P/O) 
PEMBANTU TADBIR (P/O) 
PEMBANTU TADBIR (P/O)
PEMBANTU AM PEJABAT 
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRASEKOLAH)
PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH) 
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRASEKOLAH)
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
JURUTEKNIK KOMPUTER
1.
A

Visi Sekolah Amanah SKJ1

“SK JELI (1) MENJADI SEBUAH SEKOLAH YANG DINAMIK, MEMBERI INSPIRASI DAN MEMPUNYAI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG MAJU, MENGHASILKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN NILAI MURNI UNTUK MENJADI WARGA GLOBAL YANG PRODUKTIF”
SKJ1 Trust School Vision

“SK JELI (1) BECOMES A SCHOOL WHICH IS DYNAMIC, INSPIRING AND HAVING ADVANCED LEARNING ENVIRONMENT IN PRODUCING STUDENTS WHO HAVE KNOWLEDGE, SKILLS, AND MORAL VALUES TO BECOME PRODUCTIVE GLOBAL CITIZENS”

STRATEGIC GOAL 1
DEVELOP HIGH QUALITY LEADERSHIP AND MANAGEMENT
MEMBANGUNKAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKUALITI TINGGI









Untuk mencapai matlamat strategik pertama, Pasukan Pentadbir Sekolah (SLT) akan menghadiri kursus pembelajaran dan pembangunan profesional secara konsisten dan menggunakan pembelajaran baharu ini dalam tugas harian. Perancangan kewangan yang efisien dan Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) juga turut didedah dan dilaksanakan.
Senior Leadership Team (SLT) will attend learning and professional development courses consistently and use what is learnt in daily tasks. Efficient finance planning and Performance Management System (PMS) are also exposed and implemented.


STRATEGIC GOAL 2
IMPROVE THE QUALITY OF LEARNING AND TEACHING
MENAMBAH BAIK KUALITI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA (PdPC)








Bagi matlamat strategik kedua, guru-guru didedahkan dengan kaedah dan teknik baharu untuk menjadikan pembelajaran dan pemudahcaraan lebih menarik dan menyeronokkan, serta menggalakkan murid untuk menjadi lebih aktif dan bekerjasama semasa PdPc. Guru-guru juga diajar cara-cara berkesan untuk mewujudkan persekitaran yang positif, selamat dan lebih kondusif untuk pembelajaran.
Teachers are exposed to new methods and techniques to make learning more interesting and fun; encouraging pupils to be more active and cooperative during lessons. Teachers are also taught effective ways to create a positive, safe and condusive environment for learning.


STRATEGIC GOAL 3
MAXIMISE STUDENT ACHIEVEMENT AND POTENTIAL
MEMAKSIMUMKAN PENCAPAIAN DAN POTENSI MURID









Untuk merealisasikan matlamat strategik ketiga, sekolah mewujudkan rangka kerja kokurikulum berkesan yang menyokong pembangunan holistik murid. Terdapat juga aktiviti untuk membantu murid membangunkan nilai dan sikap positif dengan memberi penekanan kepada pencapaian aspirasi murid.
The school creates effective co-curricular framework that supports holistic development of pupils. There are also activities emphasized to help pupils develop values and positive attitudes towards the attainment of the pupils’ aspirations.

STRATEGIC GOAL 4
STRENGTHEN ENGAGEMENT OF PARENTS, COMMUNITY, AND OTHER STAKEHOLDERS
MENGUKUHKAN PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN PIHAK BERKEPENTINGAN LAIN









Matlamat strategik keempat pula merangkumi sekolah yang secara aktif melibatkan diri dengan ibu bapa, memaklumkan mereka mengenai perkembangan anak-anak dan kerap menjemput mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Sekolah juga kerap mendekati komuniti dan institusi berhampiran untuk melibatkan mereka dalam program-program sekolah.
Parents are actively engaged in school activities and informed of their children’s progress. The school also approaches the community and nearby institutions to get them involved with school programmes.