Monday, May 5, 2014

Majlis Sambutan Kedatangan Guru Besar Baru SK Jeli (1)

Tanggal 5 May 2014, berlangsung majlis sambutan kehadiran guru besar yang baru ke SK Jeli (1) iaitu Tn Hj Che Noh Bin Che Moh. Majlis bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Guru besar baru ini diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Mohd Nor Bin Salleh. Tn Hj Che Noh Bin Che Noh menggantikan guru besar En Che Zawawi Bin Abdullah yang bersara wajib pada 14 April yang lepas.  Semoga semua guru dan murid SK Jeli (1) memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada guru besar yang baru agar SK Jeli (1) terus cemerlang dan gemilang pada masa-masa yang akan datang.

Kami Seluruh Warga SK Jeli (1) Mengucapkan 
Selamat Datang Kepada

TN HAJI CHE NOH BIN CHE MOH



No comments:

Post a Comment