Monday, May 26, 2014

Semakan VLE Frog ID Dan Password

Sila masukkan No. Kad Pengenalan / Mykad/Mykid untuk semakan ID dan password anda dan tekan Enter

Thursday, May 22, 2014

Info SKJ 1

Promosi Ujian UKM1 Permata Pintar

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA pintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

*untuk keterangan lanjut sila klik pada pautan permata pintar yang terdapat pada sebelah kiri blog ini

Monday, May 5, 2014

Majlis Sambutan Kedatangan Guru Besar Baru SK Jeli (1)

Tanggal 5 May 2014, berlangsung majlis sambutan kehadiran guru besar yang baru ke SK Jeli (1) iaitu Tn Hj Che Noh Bin Che Moh. Majlis bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Guru besar baru ini diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Mohd Nor Bin Salleh. Tn Hj Che Noh Bin Che Noh menggantikan guru besar En Che Zawawi Bin Abdullah yang bersara wajib pada 14 April yang lepas.  Semoga semua guru dan murid SK Jeli (1) memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada guru besar yang baru agar SK Jeli (1) terus cemerlang dan gemilang pada masa-masa yang akan datang.

Kami Seluruh Warga SK Jeli (1) Mengucapkan 
Selamat Datang Kepada

TN HAJI CHE NOH BIN CHE MOH