Monday, April 14, 2014

Sebuah Puisi Sempena Persaraan Guru Besar SKJELI (1)



Bak Air Yang Mengalir



Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Pepisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Yang terkhilaf dimaafi,
Yang sesal diinsafi,
Yang lebih dibahagi,
Yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala bercanggah.

Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kengan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu rindu,
Kerana sekali dipanggil guru,
Selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
Hakikat seorang individu,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirehat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredhaan-Nya.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir



25 comments:

  1. Mohon guna sajak ini sebagai inspirasi untuk buat sajak baru..harap halalkan ye.

    ReplyDelete
  2. Mohon izin guna puisi ini dengan sedikit pengubahsuaian untuk majlis persaraan timbalan pengarah saya.. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Dr Ghazali,

    Mohon kebenaran tuan jua untuk memuat sedikit pengubahsuaian mengikut kesesuaian tema majlis persaraan

    Moga Allah memberkati jua ilmu yang Dr kongsi bersama

    ReplyDelete
  4. Ramai juga yang guna sajak saya ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon izin untuk saya deklamasikan sajak tuan, insyaAllah menggunakan format penyampaian dengan menyebut pemilik karya

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan, saya berminat dengan puisi tuan, mohon untuk saya guna pakai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. mohon kebenaran untuk guna pakai puisi tuan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Mohon izin untik menggunakan puisi tuan Dan sedikit pengubahsuaian...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, mohon izin menggunakan puisi indah tuan ini utk mjlis persaraan guru besar yg kami sayangi pd 2.07.2018 nnt. tqvm

    ReplyDelete
  10. Sebaiknya kredit diberikan kepada penulis asal.

    ReplyDelete
  11. mmg sajak ini paling popular tuan

    ReplyDelete
  12. Assalam Dr, sampai masanya untuk saya juga minta izin guna sajak Dr untuk senior saya yang nak bersara. Terima kasih ya Dr...Jazakallahu khair..

    ReplyDelete
  13. mohon baca sajak ini pada majlis persaraan guru sekolah saya

    ReplyDelete
  14. Mohon copy utk senior kami ya tuan... terima kasih

    ReplyDelete
  15. Mohon guna sebahagian sajak ini untuk majlis persaraan PK1 sekolah saya... terima kasih

    ReplyDelete
  16. Mengalir airmata membaca sajak ini..mohon digunakan untuk persembahan multimedia persaraan di sekolah saya ya tuan.

    ReplyDelete
  17. ashusnee09@gmail.comAugust 30, 2021 at 11:06 AM

    Mohon guna untuk majlis guru besar saya

    ReplyDelete
  18. Mohon izin untuk guna pakai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbt. Izinkan sy untuk menggunakan sajak ini sempena persaraan GB sekolah sy pada September ini. Halal, ya...

    ReplyDelete
  20. slm..sy nk copy sikit puosi ni ya..t.ksh tuan

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbt,
    Mohon izin untuk mendeklamasikan sajak ini semasa persaraaan sahabat saya.

    ReplyDelete
  22. sy pun mohon izin guna sajak ni ..tp sy modifit sikit sbb sy jururawat..tq2

    ReplyDelete