Monday, April 27, 2015

Ujian Saringan Permata Pintar SK Jeli 1

Ujian Permata Pintar UKM1 2015 telah berjaya dilaksanakan untuk murid-murid berumur 8 hingga 12 tahun SK Jeli 1. Gambar menunjukkan sebahagian daripada murid Tahun 5 yang berjaya mendapat Sijil Penyertaan. Minggu ini akan diteruskan untuk murid-murid tahun 6. Selamat menjawab.






JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

 23 April 2015

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT SK JELI 1

SK Jeli 1 menganggap "Program Membaca 10 Minit' ini satu program yang baik untuk semua rakyat Malaysia amnya dan murid-murid SK Jeli 1 khasnya. Program yang dijalankan serentak seluruh Malaysia yang mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.
Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia bagi berhenti sebentar daripada melalukan semua perkara dan membaca buku. Tidak mengambil masa yang lama. Luangkan masa hanya 10 minit. Bacalah  buku, surat kabar, majalah, bibiografi, jurnal atau sebagainya. Mari jadikan rakyat Malaysia rakyat berilmu.



 

Wednesday, April 22, 2015

Tahniah,Team Catur dan Bola Baling SK Jeli 1!


TAHNIAH KEPADA TEAM CATUR DAN BOLA BALING

Tahniah kepada peserta catur dan bola baling SK Jeli 1 kerana dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di perlawanan yang lalu di SK Bukit Jering pada 20 April 2015. Murid yang terpilih ke MSSK pada 5-7 Mei ini yang di bawah bimbingan Cikgu Amenur ialah,
1. Nazim Rosli
2. Amir Iman
3. Mohd Naim
4. Adrina Natasha

Manakala pemilihan di UMK pada 21 dan 22 April pula ialah,
1. Mastura Balqis
2. Raja Balqis
3. Mas Ayuni
4. Faiz Izwan
Mereka akan ke MSSK pada 25-28 April 2015.  Tahniah daripada kami warga SK Jeli 1.










Monday, April 20, 2015

Ujian Permata Pintar UKM1 2015






UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 2015

Ujian Permata Pintar UKM1 bermula dari 1 Februari 2015 hingga 31 Mei 2015. Ujian ini dibuka kepada semua murid warganegara yang berumur 8 hingga 15 tahun.

Menurut Pusat Permata Pintar Negara, ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah, dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan internet.

Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian Permata Pintar UMK1.

Di SK Jeli 1, murid-murid mengambil ujian ini melalui akaun VLE-Frog masing-masing. Caranya adalah seperti berikuit :

1. Login  di :  https://dba9005.1bestarinet.net/app/login



2. Klik di  'Notifications' seperti di bawah. Kemudian klik notis atau 'shared'  Ujian Permata Pintar.




3.  Teruskan ujian Permata Pintar UKM1 2015.





Motivasi Pelajar Tahun 6

Motivasi Pelajar Tahun 6 & Ibu bapa
Alhamdulillah, Program motivasi malam ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua guru, para ibu bapa, dan murid-murid Tahun 6. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang menjayakan program malam ini. Kerjasama guru-guru sangat dihargai. Semoga tahun 2015 ini mendatangkan kejayaan yang cemerlang buat SKJ1, Insya-Allah.
Penceramah : En Maliki bin Che Omar dari SMK Tok Uban.











Bersama CISC + PPD Jeli

Bersama CISC + PPD Jeli
Bersama guru-guru SK Jeli 1.
Taklimat dan perbincangan bersama tentang isu-isu pendidikan kini, motivasi guru,
 dan peningkatkan  prestasi akademik.









Sunday, April 19, 2015

MTQ Negeri Kelantan 2015

16 April 2015
Berlangsung MTQ Negeri Kelantan 2015.
Tuan Rumah untuk sekolah rendah/persediaan tempat ( SK Jeli 1 )
Tuan Rumah untuk sekolah menengah/persediaan tempat ( SMK Jeli )
Tahniah dan syabas kepada semua guru dan peserta dari semua daerah negeri Kelantan pada tahun ini.
















Mesyuarat Agong PIBG Sk Jeli 1 2015

30 Mac 2015
Pada 30 Mac 2015, telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG Sk Jeli 1 2015.
Semoga terlaksananya mesyuarat ini memberi kebaikan dan pelbagai perancangan positif untuk masa depan anak-anak di sini. Amin..